fbpx

3 Sebab Kenapa Anda WAJIB Gunakan Email Marketing

by in Email Marketing February 11, 2020

Mungkin akan ada yang fikir, hidup lagi ke kalau gunakan email marketing?

Ada lagi ke orang baca email sekarang ni?

Macam mana dengan conversion email marketing ni?

Tapi tahukah anda yang sebenarnya 80% orang mempunyai akaun email yang akan digunakan untuk kegunaan rasmi mahupun mendaftar akaun di mana-mana media sosial?

Jadi sangat sesuai untuk anda untuk mempromosikan produk/servis dengan menggunakan email, kerana kebanyakkan mereka yang mempunyai email sudah mempunyai sumber pendapatan yang stabil dan kelebihan membeli yang tinggi.

Walaubagaimanapun, saya akan senaraikan 3 Sebab Kenapa Anda WAJIB Gunakan Email Marketing!

1. 100% Database Milik Anda

Selepas anda kumpulkan database pelanggan, ianya 100% milik anda.

Anda boleh gunakan tanpa sebarang sekatan atau larangan dari mana-mana pihak.

Contohnya, terdapat sekatan atau pantang larang bila anda nak sampai sesuatu mesej kepada pelanggan anda dengan menggunakan Facebook ads.

Tapi tiada larangan untuk bila anda nak gunakan email marketing.

2. Automatik

Anda boleh gunakannya untuk hantarkan email pada waktu tertentu dan juga hantarkan kepada pelanggan yang tepat.

Ini membolehkan anda menyusun strategi untuk menghantarkan email kepada kumpulan-kumpulan tertentu.

Contohnya mereka yang baru menyertai senarai database anda, mereka yang pernah membeli daripada, hantarkan email promo hari jadi atau ulang tahun ataupun sebarang pembaharuan dalam business anda.

Ianya akan membina hubungan bersama pelanggan anda.

3. Conversions

Saya pasti anda mesti tahu tentang jarang pelanggan membeli pada waktu pertama kali mereka melihat produk atau servis anda.

Ataupun lepas kali ke-5.

Jadi anda boleh gunakan email marketing untuk hantarkan rantaian email seberapa banyak yang anda mahu kan.

Semuanya hanya boleh berjalan secara automatik!

Anda hanya perlu susun apa yang perlu dihantarkan kepada pelanggan anda.

Email Marketing Platform

Mungkin anda akan tertanya-tanya, platform yang mana bersesuaian untuk digunakan kan?

Bagi anda yang masih belum pernah gunakan email marketing, saya cadangkan untuk gunakan MailChimp.

Bukan sebab tak ada platform yang lain, cuma saya kongsikan apa yang saya selalu gunakan.

Tambahan pula, ianya boleh digunakan secara percuma untuk 2,000 email database ke bawah. Tertakluk kepada terma & syarat mereka.

Sekiranya anda nak belajar dengan lebih detail tentang bagaimana untuk susun strategi email marketing yang lengkap dan mudah, anda boleh belajar di Digital Marketing 10X (DM10X).

Faiz Mohamad | Creative Director

3 Comments
  1. Great content! Super high-quality! Keep it up! đŸ™‚

  2. Howdy, awesome online site you’ve got in here.

  3. You have got possibly the best webpages.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *