fbpx

5 Jenis Produk WAJIB Dielakkan untuk Dropshipping

by in Dropship August 7, 2019

Dropshipping memang tak dinafikan merupakan satu bisnes model yang mudah untuk mulakan bisnes. Kerana anda tak perlu keluarkan modal yang besar untuk mulakannya.

Tapi adakah semua produk boleh dijual menggunakan konsep dropshipping? Ada ke produk yang tak laku dan merugikan? SEMESTINYA!!!

Ada sesetengah produk yang WAJIB anda elakkan daripada jadikannya sebagai produk dropshipping di website e-commerce anda seperti website saya icasemate.com

Jadi berdasarkan daripada pengalaman sendiri, saya kongsikan 5 jenis produk yang WAJIB dielakkan untuk dropshipping. Semoga ianya membantu dan memberi inspirasi kepada anda untuk menjalankan bisnes dropship ini.

#1 Produk Yang Besar @ Berat

Kenapa? Cuba anda bayangkan produk yang lebih mudah dan selamat untuk dihantar oleh postman? Yang berat atau ringan? Semestinya yang lebih ringan.

Lebih berat satu produk tu, lebih susah untuk diuruskan. Sebarang perkara buruk yang terjadi semasa proses penghantaran, anda perlu uruskan pelbagai proses nanti.

Jadi buat apa pening kepala nak uruskan perkara yang bukan kita yang buat? Jadi cuba elakkan gunakan produk-produk sebegini.

#2 Produk Yang Merbahaya

Sebarang objek yang merbahaya atau berbentuk seakan-akan objek tersebut adalah DILARANG sama sekali.

Kerana ianya mempunyai kemungkinan besar produk tersebut takkan lepas dari pihak Kastam mana-mana negara sekali pun.

Sebab setiap negara mempunyai peraturan mereka sendiri. Jadi lebih baik kita elakkan dari cuba melawan peraturan.

#3 Mudah Pecah (Fragile)

Terlalu banyak kes untuk produk-produk yang mudah pecah ni berlaku semasa proses penghantaran.

Bukan nak salahkan postman, tapi bila dah terlalu banyak barang yang mereka hantarkan, mungkin akan ada satu dua yang terjatuh dan sebagainya.

Lebih baik kita elakkan menjual produk sebegini supaya kita tak perlu nak uruskan proses refund dan sebagainya. Buang masa je nanti.

#4 Barang Kesihatan

Sama seperti barang merbahaya, barang kesihatan ataupun ubat-ubatan ada sekatan tertentu di setiap negara oleh Kastam.

Susah nak lepas nanti pelanggan anda yang akan “bising” kepada anda. Padahal bukan salah anda pun.

#5 Produk Yang Tak Boleh di Iklankan di Sosial Media

Yang ini paling PENTING!

Sebab majoriti bisnes dropshipping ini bergantung kepada FB untuk jalankan iklan. Jadi kalau produk anda tak boleh di iklankan di FB, jangan harap lah anda nak dapat sales kan?

Instagram & Facebook mempunyai 3.2B pengguna di seluruh dunia, jadi rugi kalau kita tak dapat nak iklankan produk kita kepada pengguna media sosial. Sebab disitulah lombong emas anda.

Antara contoh produk yang tak boleh di iklankan adalah produk ubat kuat, berkaitan seks, kesihatan, senjata, rokok dan pelbagai lagi.

Jangan Risau

Sebab sekiranya anda ingin memulakan bisnes e-commerce & dropship ni, saya ada sediakan satu kelas yang sangat sesuai untuk anda.

Bukan sahaja anda akan dapat website e-commerce (bernilai RM3,589) PERCUMA! Tapi anda juga boleh belajar cara untuk pasarkan produk-produk dropship anda ke luar negara.

Tapi tak tahu nak pilih produk apa?

Macam saya cakap, JANGAN RISAU.

Sebab dalam kelas nanti saya akan berikan satu sistem yang mana terdapat lebih daripada 50,000 jenis produk yang sesuai untuk dijadikan sebagai produk dropship anda.

Anda tak perlu pening kepala lagi untuk cari produk mana yang sesuai. Semuanya dah di’hidangkan’ kepada anda.

Dengan beberapa klik je, segala info dan maklumat produk akan masuk ke website anda.

Klik SINI untuk mendaftar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *