fbpx

5 Tips ‘Sengat’ Pelanggan Dengan Copywriting!

by in Business & Finance, Digital Marketing August 9, 2018

 

Mungkin ada antara anda yang pening tak tahu nak tulis macam mana untuk buat iklan di Facebook dan sebagainya.

Itu perkara biasa, FM dulu mula-mula pun macam anda juga. Tapi bila dah tahu tips yang FM senaraikan dekat bawah ni, kerja jadi lebih mudah dan tahu nak buat apa kalau nak karang copywriting yang ‘menyengat’ bakal pelanggan anda.

Jadi FM akan kongsikan 5 Tips ‘SENGAT’ Pelanggan Dengan Copywriting

1. Jadi diri anda

Bila anda nak karang ayat di media sosial, apa yang patut anda buat adalah jadi diri sendiri je. Maksud jadi diri sendiri ni maksudnya, ayat yang di tulis tu tak perlu ayat-ayat yang bombastik atau formal.

Sebab di media sosial ni, pengguna selalu akan scroll gambar-gambar makanan, percutian dan sebagainya tentang kawan atau kenalan mereka. Dari segi penceritaan tu memang akan guna bahasa atau ayat yang simple dan tidak formal.

Anda tak perlu karang ayat macam seorang ahli fizik atau karangan Bahasa Melayu zaman sekolah-sekolah dulu ataupun korporat brochure. 

Lebih santai lebih mudah bakal pelanggan anda tertarik dengan iklan anda.

 

2. Mulakan dengan SOALAN?

Cara paling efektif untuk tangkap perhatian bakal pelanggan anda adalah dengan bertanyakan soalan.

Soalan lebih efektif kerana ianya akan membuatkan bakal pelanggan anda menjawab sendiri dengan soalan yang anda berikan.

Contoh, ‘Tercari-cari GULAI LEMAK CILI API MELELEH nogori 9 sekitar Subang Jaya?”

Anda terus spesifik kan servis atau produk anda dengan kawasan bakal pelanggan anda dan disertakan dengan gambar yang yang bersesuaian. Ianya akan membuat terus melekat nak tahu dengan lebih lanjut.

 

3. Terus Berikan Jawapan SOALAN

Ok anda dah bertanyakan soalan pada headline dekat atas. Kemudian, anda teruskan berikan jawapan/penyelesaian soalan tu dekat perenggan seterusnya.

Soalan: Tercari-cari GULAI LEMAK CILI API MELELEH nogori 9 sekitar Subang Jaya??

Jawapan: Tak perlu cari lagi dah, datang je dekat Angah Restoran di SS 14 dan bersedia untuk makan sambil keluar peluh jantan tu.. hee

Berikan sedikit jenaka atau apa yang mereka akan alami/kesan daripada servis atau produk anda tu nanti

 

4. Gunakan Ayat-Ayat ‘SENGAT’

Sukar untuk anda tarik perhatian bakal pelanggan anda sekiranya anda gunakan ayat yang biasa-biasa je.

Apa kata anda cuba gunakana ayat macam dekat bawah ni:

  1. DIDEDAHKAN
  2. TERKINI
  3. TERBUKTI
  4. PALING
  5. PERCUMA
  6. RAHSIA
  7. VIRAL

Ayat-ayat di atas ni mampu untuk menarik bakal pelanggan anda untuk membaca terus posting iklan anda dengan lebih lanjut.

 

5. Gunakan CTA

Pastikan setiap posting atau iklan yang ada buat perlu ada CTA.

Apa tu CTA FM?

Call-to-Action (CTA)

Maksudnya, anda akan berikan arahan kepada bakal pelanggan anda untuk melakukan sesuatu selepas mereka membaca posting anda.

Sebagai contoh anda boleh letakkan ayat macam di bawah ini:

  1. KLIK SEKARANG!
  2. DAFTAR SEKARANG!
  3. DOWNLOAD SEKARANG!
  4. TEMPAH SEKARANG!

CTA di atas ni secara tidak langsung akan membuatkan mereka lebih cepat bertindak selepas mereka faham atau pun ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang servis/produk anda.

 

So macam mana? boleh diguna pakai atau tak tips yang diberikan ni?

Kalau yang dah pernah cuba dan menjadi, TAHNIAH FM ucapkan.

Tapi untuk yang belum cuba tu, trylah eskperimen dengan tips-tips yang diberikan ini ya.

Sebab, mungkin ada tip yang FM berikan ni sesuai dengan business anda dan mungkin juga tak sesuai. Jadi, anda yang perlu membuat eksperimen kalau nak tahu ianya berkesan atau tak.

Ok tu je perkongsian setakat ni.

 

Kalau dah habis baca, jangan lupa Kongsikan post ni dengan rakan-rakan ok? Mana lah tahu ada orang yang memerlukan. Free-free je dapat pahala tolong kawan kan? huhu

Thanks

 

Faiz Mohamad
Digital Marketing Expert

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *