fbpx

Bagaimana Facebook Pixel Memantau Prestasi Iklan

by in Uncategorized February 3, 2020

Sekiranya anda tertanya-tanya sehingga hari ini, bagus ke bila buat iklan dengan Facebook ni? Bagaimana hasil yang boleh anda dapat selepas gunakannya? Bagaimana cara untuk dapatkan hasilnya? Dan apa tu Facebook Pixel?

Jadi anda sebenarnya berada di tempat yang betul, kerana saya akan terangkan apa itu Facebook Pixel, cara kegunaannya dan apakah hasil yang telah saya buat selama ini.

Walaubagaimanapun, Facebook Pixel ini hanya boleh digunakan sekiranya anda memiliki website sahaja!

Apa itu Facebook Pixel?

Facebook Pixel adalah salah satu fungsi analitik yang disediakan oleh Facebook untuk usahawan yang membuat pengiklanan di Facebook Ads Manager/Power Editor. Ianya sebenarnya adalah satu kod yang membenarkan anda untuk jejak dan memantau aktiviti pelanggan di website anda.

Ianya akan membantu untuk mengumpulkan data (behaviour) pelanggan yang klik pada iklan anda apabila mereka masuk ke dalam website. Pages yang mana mereka masuk, adakah mereka telah membeli atau mereka masuk tapi tak beli-beli lagi.

Kesemua data itu Facebook akan kumpulkan dan akan memudahkan anda sebagai pengiklan untuk membuat retargeting kepada kumpulan tertentu.

Apakah Fungsinya?

Pixel akan memerhati atau jejak aktiviti pelanggan yang klik pada iklan Facebook dengan mengumpulkan 17 data (ataupun disebut sebagai “Events” apabila:

  1. Mendaftar (Subscribe)
  2. Derma (Donate)
  3. Add to Cart
  4. View Content
  5. Submit Application
  6. Search
  7. Contact
  8. Complete Registration
  9. Add Payment Info
  10. Find Location
  11. Start Trial
  12. Purchase
  13. Lead
  14. Customize Product
  15. Initiate Checkout
  16. Schedule
  17. Add to Wishlist

Setiap satu data akan membantu pengiklan untuk memahami dengan lebih lanjut tentang kelakuan (behaviour) pelanggan dan bagaimana mereka berinteraksi dengan website anda.

Anda boleh dapat data seperti “Apa yang pelanggan buat carian di website selepas mereka klik pada iklan?” atau “Berapa ramai yang klik pada iklan telah pun membeli produk di website anda?”.

Apakah Kelebihannya?

Facebook Pixel akan memberikan data berdasarkan prestasi iklan anda. Khususnya, ia akan memberikan data seperti berikut:

Conversion Tracking: lihat siapa yang telah memberli, mendaftar untuk email marketing, atau klik pada iklan anda. Dengan memantau kelakuan pelanggan secara keseluruhan, anda akan lebih tahu bagaimana untuk meletakan Call-to-action (CTA) pada iklan anda.

Conversion Optimization: Optimumkan iklan anda untuk tindakan tertentu seperti landing page views, add-to-carts, pembelian atau pun sekadar masuk ke dalam website sahaja.

Cross-Device Conversion: Anda boleh melihat aktiviti pelanggan anda dari peranti (device) mana yang mereka gunakan. Contohnya, mereka melihat iklan anda dari handphone, masuk ke website dengan gunakan tablet, kemudian membeli dengan gunakan desktop? Anda boleh lihat aktiviti tersebut.

Custom Audience Building: Anda boleh membuat segmen atau mengasingkan pelanggan anda untuk memaksimumkan retargeting. Anda boleh asingkan mereka yang masih belum membeli atau mereka yang telah membeli. Jadi anda akan lebih jimat duit untuk tidak iklankan kepada mereka yang telah membeli lagi.

Lookalike Audience Building: Anda boleh gunakan Facebook Pixel untuk menambahkan lagi pelanggan dengan membuat lookalike audiences ini. Bermaksud, anda target kepada mereka yang seakan-akan pelanggan sedia ada anda sekarang ini.

Revenue Spend: Gunakan Facebook Pixel untuk menilai Return on Ad Spend (ROAS) dan sales funnel anda.

Data yang diberikan ini akan memudahkan anda dapatkan pelanggan yang lebih tepat dan lebih yakin untuk membelanjakan bajet iklan anda kerana anda lebih mengenali SIAPA pelanggan anda.

Bagaimana Untuk Gunakannya

Pertama sekali, anda perlu ke Facebook Business Account untuk dapatkan akses Pixel. Kemudian daftar dengan isikan nama Pixel dan url website anda.

Seterusnya 

Setelah selesai mendaftar, anda perlu dapatkan Pixel ID, kemudian pergi ke website anda dan letakkan di bahagian header website anda.

Untuk belajar dengan lebih lanjut bagaimana untuk setup cara yang betul, setup website dan buat iklan yang padu! Anda boleh KLIK pada gambar dibawah untuk maklumat lanjut.

Bagaimana Untuk Buat Retargeting Dengan Facebook Pixel?

Salah satu fungsi kegemaran saya apabila gunakan Facebook Pixel ini adalah kita boleh membuat “kejar” pelanggan yang telah masuk ke dalam website kita dengan membuat iklan retargeting.

Anda mungkin pernah nampak iklan yang macam ni, contohnya anda masuk ke Lazada ataupun mana-mana website, tetapi anda tak jadi beli. Mesti anda akan nampak berulang-ulang kali iklan tentang produk/servis yang anda lihat tadi tu. 

Itu adalah antara kelebihan yang memudahkan anda untuk membuat retargeting sekiranya anda gunakan Facebook Pixel.

Anda boleh gunakan Facebook Pixel untuk mengasingkan pelanggan anda berdasarkan mereka sekadar masuk ke dalam website tapi masih belum membeli ataupun pelanggan yang telah membeli. 

Facebook Pixel ni wajib digunakan untuk melihat prestasi iklan anda di Facebook - ianya PERCUMA!. Memudahkan anda lebih memahami SIAPA pelanggan anda dan anda boleh bina iklan retargeting yang lebih efektif

Faiz Mohamad, Creative Director

Untuk belajar dengan lebih lanjut bagaimana untuk setup cara yang betul, setup website dan buat iklan yang padu! Anda boleh KLIK pada gambar dibawah untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *