fbpx

Bagaimana Steve Job (Pengasas Apple) Membuat Kempen Marketing

by in Business & Finance, Digital Marketing October 8, 2018

 

Apabila Apple mengeluarkan sesebuah produk, ianya akan menjadi satu fenomena yang membuatkan semua peminat-peminat tegar Apple akan sanggup tunggu dan berkampung selama seminggu atau lebih di depan kedai mereka untuk menjadi orang yang pertama dapatkan produk mereka di pasaran.

iPad pada suatu ketika dahulu terjual sebanyak 300,000+ unit semasa hari pelancaran sahaja. Dalam masa tiga hari, iPhone 4 pula terjual sebanyak 1.7 juta unit.

Jelas sekali yang Steve Jobs tahu cara untuk melancarkan produk dan maksimumkan jualan mereka. Anda mungkin tertanya-tanya bagaimana mereka membuat “silap mata” ni yang mungkin anda gunakan dalam business anda.

Dan saya percaya anda juga boleh lakukan perkara yang sama. Ini adalah perkara paling penting yang Steve Job lakukan.

Fokus Pada Manusia, Bukan Produk!

Jarang sekali kita dengar yang Steve Jobs akan bercakap tentang kepelbagaian ciri-ciri produknya semasa hari pelancaran. Bila berdiri di atas pentas, beliau tidak akan menceritakan tentang kelajuan prosesor iPhone terbaru atau resolusi skrin mereka. Beliau tahu yang kebanyakkan orang takkan ambil tahu tentang benda itu, dan kalau ada yang nak ambil tahu pun mereka dengan mudah boleh cari maklumat tersebut di website Apple.

Sebaliknya, beliau akan keluar berucap dengan cara tersendiri dan menekankan bagaimana produk itu memberi masalah kepada anda. Beliau akan bercakap tentang betapa lecehnya untuk membawa bersama telefon bimbit dengan sebuah MP3 player dan bagaimana sekiranya anda memiliki iPhone, yang serba lengkap dan mudah untuk dibawa kemana-mana sahaja.

Jadi, itulah cara bagaimana anda perlu melakukan kempen pemasaran anda. Jangan hanya bercakap tentang apa kelebihan produk atau kenapa ianya bagus; tunjukkan kepada mereka betapa ianya akan membantu ataupun menyelesaikan masalah mereka. Itu akan membuatkan pelanggan lebih teruja untuk mendapatkan produk anda.

 

 

 

One Comment
  1. Very niсe article, just what I wanted to find.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *