fbpx

Bagaimana Untuk Tingkatkan Jualan Dengan Menggunakan Google My Business

by in Digital Marketing, Marketing December 28, 2019

Dalam artikel ini, saya akan kongsikan kenapa anda perlu letakkan business anda di Google? Apa itu Google My Business? Bagaimana untuk mulakan Google My Business?

Bayangkan, anda sekarang sedang pergi bekerja ke luar daerah yang belum pernah anda pergi sebelum ini. Anda rasa lapar dan tak tahu nak makan dekat mana yang sedap?

Jadi apa yang anda akan buat?

Ambil telefon dan mesti akan buat perkara berikut:

  1. Tanya kawan
  2. Tanya orang tempatan
  3. Search Google

Kebiasaannya no 3 adalah yang paling mudah nak buat. Anda akan dapat jawapan serta merta!

Siapa yang biasa buat? hehe

Berdasarkan hasil kajian oleh Google, 80% pengguna akan menggunakan Google Search Engine untuk mencari maklumat tentang sesuatu yang di inginkan.

50% pelanggan yang mencari carian menggunakan telefon bimbit mereka akan ke tempat yang mereka cari dalam masa sehari.

Dan 38% pelanggan akan lebih suka pergi ke tempat yang mereka yang ingin tuju sekiranya mereka jumpa maklumat terkini business tersebut di Google.

Dengan data yang ada, sangat jelas kenapa anda perlu letakkan maklumat terkini business anda secara online di Google.

Itulah yang dipanggil Google My Business

Sebagai contoh, sekiranya anda taip kedai makan sedap Shah Alam. Mesti akan keluar listing sebegini

Dan sekiranya anda adalah seorang usahawan restoran ataupun kedai makan, sepatutnya bila ada pelanggan cuba buat carian di Google. Nama restoran/gerai anda perlu keluar di bahagian listing ini.

Barulah pelanggan boleh datang ke restoran dan makan di restoran anda. Lebih menarik lagi, Google sediakan servis ini secara PERCUMA!

Rugi kalau tak gunakan platform yang percuma untuk tingkatkan lagi jualan business anda.

Anda hanya perlu pergi ke Google My Business untuk mendaftar dan letakkan nama business anda di sana.

Barulah mudah untuk pelanggan mencari maklumat tentang business anda secara online, dan dalam masa yang sama, ianya boleh tingkatkan jualan business anda jika mereka datang ke kedai anda.

Betul ke betul?

Sekiranya anda nak belajar dengan lebih mendalam bagaimana untuk tarik lebih ramai pelanggan dengan menggunakan digital marketing, anda boleh ke inmind.my/wkm untuk maklumat lanjut.

Atau klik gambar di bawah ini.

Share kan posting ini supaya lebih ramai rakan-rakan usahawan boleh belajar

Faiz Mohamad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *