fbpx

3 Sebab Kenapa Anda WAJIB Gunakan Email Marketing

by in Email Marketing February 11, 2020

Mungkin akan ada yang fikir, hidup lagi ke kalau gunakan email marketing?

Ada lagi ke orang baca email sekarang ni?

Macam mana dengan conversion email marketing ni?

Tapi tahukah anda yang sebenarnya 80% orang mempunyai akaun email yang akan digunakan untuk kegunaan rasmi mahupun mendaftar akaun di mana-mana media sosial?

Jadi sangat sesuai untuk anda untuk mempromosikan produk/servis dengan menggunakan email, kerana kebanyakkan mereka yang mempunyai email sudah mempunyai sumber pendapatan yang stabil dan kelebihan membeli yang tinggi.

Walaubagaimanapun, saya akan senaraikan 3 Sebab Kenapa Anda WAJIB Gunakan Email Marketing!

1. 100% Database Milik Anda

Selepas anda kumpulkan database pelanggan, ianya 100% milik anda.

Anda boleh gunakan tanpa sebarang sekatan atau larangan dari mana-mana pihak.

Contohnya, terdapat sekatan atau pantang larang bila anda nak sampai sesuatu mesej kepada pelanggan anda dengan menggunakan Facebook ads.

Tapi tiada larangan untuk bila anda nak gunakan email marketing.

2. Automatik

Anda boleh gunakannya untuk hantarkan email pada waktu tertentu dan juga hantarkan kepada pelanggan yang tepat.

Ini membolehkan anda menyusun strategi untuk menghantarkan email kepada kumpulan-kumpulan tertentu.

Contohnya mereka yang baru menyertai senarai database anda, mereka yang pernah membeli daripada, hantarkan email promo hari jadi atau ulang tahun ataupun sebarang pembaharuan dalam business anda.

Ianya akan membina hubungan bersama pelanggan anda.

3. Conversions

Saya pasti anda mesti tahu tentang jarang pelanggan membeli pada waktu pertama kali mereka melihat produk atau servis anda.

Ataupun lepas kali ke-5.

Jadi anda boleh gunakan email marketing untuk hantarkan rantaian email seberapa banyak yang anda mahu kan.

Semuanya hanya boleh berjalan secara automatik!

Anda hanya perlu susun apa yang perlu dihantarkan kepada pelanggan anda.

Email Marketing Platform

Mungkin anda akan tertanya-tanya, platform yang mana bersesuaian untuk digunakan kan?

Bagi anda yang masih belum pernah gunakan email marketing, saya cadangkan untuk gunakan MailChimp.

Bukan sebab tak ada platform yang lain, cuma saya kongsikan apa yang saya selalu gunakan.

Tambahan pula, ianya boleh digunakan secara percuma untuk 2,000 email database ke bawah. Tertakluk kepada terma & syarat mereka.

Sekiranya anda nak belajar dengan lebih detail tentang bagaimana untuk susun strategi email marketing yang lengkap dan mudah, anda boleh belajar di Digital Marketing 10X (DM10X).

Faiz Mohamad | Creative Director

Bagaimana Facebook Pixel Memantau Prestasi Iklan

by in Uncategorized February 3, 2020

Sekiranya anda tertanya-tanya sehingga hari ini, bagus ke bila buat iklan dengan Facebook ni? Bagaimana hasil yang boleh anda dapat selepas gunakannya? Bagaimana cara untuk dapatkan hasilnya? Dan apa tu Facebook Pixel?

Jadi anda sebenarnya berada di tempat yang betul, kerana saya akan terangkan apa itu Facebook Pixel, cara kegunaannya dan apakah hasil yang telah saya buat selama ini.

Walaubagaimanapun, Facebook Pixel ini hanya boleh digunakan sekiranya anda memiliki website sahaja!

Apa itu Facebook Pixel?

Facebook Pixel adalah salah satu fungsi analitik yang disediakan oleh Facebook untuk usahawan yang membuat pengiklanan di Facebook Ads Manager/Power Editor. Ianya sebenarnya adalah satu kod yang membenarkan anda untuk jejak dan memantau aktiviti pelanggan di website anda.

Ianya akan membantu untuk mengumpulkan data (behaviour) pelanggan yang klik pada iklan anda apabila mereka masuk ke dalam website. Pages yang mana mereka masuk, adakah mereka telah membeli atau mereka masuk tapi tak beli-beli lagi.

Kesemua data itu Facebook akan kumpulkan dan akan memudahkan anda sebagai pengiklan untuk membuat retargeting kepada kumpulan tertentu.

Apakah Fungsinya?

Pixel akan memerhati atau jejak aktiviti pelanggan yang klik pada iklan Facebook dengan mengumpulkan 17 data (ataupun disebut sebagai “Events” apabila:

  1. Mendaftar (Subscribe)
  2. Derma (Donate)
  3. Add to Cart
  4. View Content
  5. Submit Application
  6. Search
  7. Contact
  8. Complete Registration
  9. Add Payment Info
  10. Find Location
  11. Start Trial
  12. Purchase
  13. Lead
  14. Customize Product
  15. Initiate Checkout
  16. Schedule
  17. Add to Wishlist

Setiap satu data akan membantu pengiklan untuk memahami dengan lebih lanjut tentang kelakuan (behaviour) pelanggan dan bagaimana mereka berinteraksi dengan website anda.

Anda boleh dapat data seperti “Apa yang pelanggan buat carian di website selepas mereka klik pada iklan?” atau “Berapa ramai yang klik pada iklan telah pun membeli produk di website anda?”.

Apakah Kelebihannya?

Facebook Pixel akan memberikan data berdasarkan prestasi iklan anda. Khususnya, ia akan memberikan data seperti berikut:

Conversion Tracking: lihat siapa yang telah memberli, mendaftar untuk email marketing, atau klik pada iklan anda. Dengan memantau kelakuan pelanggan secara keseluruhan, anda akan lebih tahu bagaimana untuk meletakan Call-to-action (CTA) pada iklan anda.

Conversion Optimization: Optimumkan iklan anda untuk tindakan tertentu seperti landing page views, add-to-carts, pembelian atau pun sekadar masuk ke dalam website sahaja.

Cross-Device Conversion: Anda boleh melihat aktiviti pelanggan anda dari peranti (device) mana yang mereka gunakan. Contohnya, mereka melihat iklan anda dari handphone, masuk ke website dengan gunakan tablet, kemudian membeli dengan gunakan desktop? Anda boleh lihat aktiviti tersebut.

Custom Audience Building: Anda boleh membuat segmen atau mengasingkan pelanggan anda untuk memaksimumkan retargeting. Anda boleh asingkan mereka yang masih belum membeli atau mereka yang telah membeli. Jadi anda akan lebih jimat duit untuk tidak iklankan kepada mereka yang telah membeli lagi.

Lookalike Audience Building: Anda boleh gunakan Facebook Pixel untuk menambahkan lagi pelanggan dengan membuat lookalike audiences ini. Bermaksud, anda target kepada mereka yang seakan-akan pelanggan sedia ada anda sekarang ini.

Revenue Spend: Gunakan Facebook Pixel untuk menilai Return on Ad Spend (ROAS) dan sales funnel anda.

Data yang diberikan ini akan memudahkan anda dapatkan pelanggan yang lebih tepat dan lebih yakin untuk membelanjakan bajet iklan anda kerana anda lebih mengenali SIAPA pelanggan anda.

Bagaimana Untuk Gunakannya

Pertama sekali, anda perlu ke Facebook Business Account untuk dapatkan akses Pixel. Kemudian daftar dengan isikan nama Pixel dan url website anda.

Seterusnya 

Setelah selesai mendaftar, anda perlu dapatkan Pixel ID, kemudian pergi ke website anda dan letakkan di bahagian header website anda.

Untuk belajar dengan lebih lanjut bagaimana untuk setup cara yang betul, setup website dan buat iklan yang padu! Anda boleh KLIK pada gambar dibawah untuk maklumat lanjut.

Bagaimana Untuk Buat Retargeting Dengan Facebook Pixel?

Salah satu fungsi kegemaran saya apabila gunakan Facebook Pixel ini adalah kita boleh membuat “kejar” pelanggan yang telah masuk ke dalam website kita dengan membuat iklan retargeting.

Anda mungkin pernah nampak iklan yang macam ni, contohnya anda masuk ke Lazada ataupun mana-mana website, tetapi anda tak jadi beli. Mesti anda akan nampak berulang-ulang kali iklan tentang produk/servis yang anda lihat tadi tu. 

Itu adalah antara kelebihan yang memudahkan anda untuk membuat retargeting sekiranya anda gunakan Facebook Pixel.

Anda boleh gunakan Facebook Pixel untuk mengasingkan pelanggan anda berdasarkan mereka sekadar masuk ke dalam website tapi masih belum membeli ataupun pelanggan yang telah membeli. 

Facebook Pixel ni wajib digunakan untuk melihat prestasi iklan anda di Facebook - ianya PERCUMA!. Memudahkan anda lebih memahami SIAPA pelanggan anda dan anda boleh bina iklan retargeting yang lebih efektif

Faiz Mohamad, Creative Director

Untuk belajar dengan lebih lanjut bagaimana untuk setup cara yang betul, setup website dan buat iklan yang padu! Anda boleh KLIK pada gambar dibawah untuk maklumat lanjut.

Bagaimana Untuk Tingkatkan Jualan Dengan Menggunakan Google My Business

by in Digital Marketing, Marketing December 28, 2019

Dalam artikel ini, saya akan kongsikan kenapa anda perlu letakkan business anda di Google? Apa itu Google My Business? Bagaimana untuk mulakan Google My Business?

Bayangkan, anda sekarang sedang pergi bekerja ke luar daerah yang belum pernah anda pergi sebelum ini. Anda rasa lapar dan tak tahu nak makan dekat mana yang sedap?

Jadi apa yang anda akan buat?

Ambil telefon dan mesti akan buat perkara berikut:

  1. Tanya kawan
  2. Tanya orang tempatan
  3. Search Google

Kebiasaannya no 3 adalah yang paling mudah nak buat. Anda akan dapat jawapan serta merta!

Siapa yang biasa buat? hehe

Berdasarkan hasil kajian oleh Google, 80% pengguna akan menggunakan Google Search Engine untuk mencari maklumat tentang sesuatu yang di inginkan.

50% pelanggan yang mencari carian menggunakan telefon bimbit mereka akan ke tempat yang mereka cari dalam masa sehari.

Dan 38% pelanggan akan lebih suka pergi ke tempat yang mereka yang ingin tuju sekiranya mereka jumpa maklumat terkini business tersebut di Google.

Dengan data yang ada, sangat jelas kenapa anda perlu letakkan maklumat terkini business anda secara online di Google.

Itulah yang dipanggil Google My Business

Sebagai contoh, sekiranya anda taip kedai makan sedap Shah Alam. Mesti akan keluar listing sebegini

Dan sekiranya anda adalah seorang usahawan restoran ataupun kedai makan, sepatutnya bila ada pelanggan cuba buat carian di Google. Nama restoran/gerai anda perlu keluar di bahagian listing ini.

Barulah pelanggan boleh datang ke restoran dan makan di restoran anda. Lebih menarik lagi, Google sediakan servis ini secara PERCUMA!

Rugi kalau tak gunakan platform yang percuma untuk tingkatkan lagi jualan business anda.

Anda hanya perlu pergi ke Google My Business untuk mendaftar dan letakkan nama business anda di sana.

Barulah mudah untuk pelanggan mencari maklumat tentang business anda secara online, dan dalam masa yang sama, ianya boleh tingkatkan jualan business anda jika mereka datang ke kedai anda.

Betul ke betul?

Sekiranya anda nak belajar dengan lebih mendalam bagaimana untuk tarik lebih ramai pelanggan dengan menggunakan digital marketing, anda boleh ke inmind.my/wkm untuk maklumat lanjut.

Atau klik gambar di bawah ini.

Share kan posting ini supaya lebih ramai rakan-rakan usahawan boleh belajar

Faiz Mohamad

Jualan RM XXX,XXX Dalam Masa 30 Hari Dengan Menggunakan Website, INI STRATEGINYA!

by in Digital Marketing, Web Development December 18, 2019

Ramai tertanya-tanya, boleh ke buat sales hanya dari website? Macam mana caranya?

Ps/ Gambar atas tu sekadar hiasan, diambil masa kelas sebelum ni

Ok sebelum tu, kalau ada antara anda yang nak belajar secara praktikal bagaimana untuk bina website serta strategi & teknik digital marketing secara advance, boleh klik SINI atau klik gambar dibawah ini


Tawaran Sangat Terhad! Siapa Daftar cepat akan dapat harga PROMO!

Ok kita sambung pada strategi jualan 6 angka 100% dari website.

Bila anda ada website e-commerce sendiri, bermaksud setiap pelanggan anda boleh membeli dari website tanpa perlu mereka bertanyakan soalan panjang berjela di whatsapp kemudian nanti tak jadi beli. Buat sakit hati je kan? huhu

Sebab segala info tentang produk akan diletakkan di dalam website supaya mereka boleh membaca dan memahami cara pembelian serta bayaran secara online.

Tambahan pula, website anda akan berjalan selama 24/7/365 bermaksud, 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun tanpa henti.

Sangat memberi kesan dalam hidup anda sekiranya anda mempunyai website e-commerce, kerana ianya tidak mengganggu kerja lain anda sebagai seorang usahawan yang nak kena close sales dan fikir bagaimana cara untuk kembangkan business lagi.

Jadi hari ini saya akan kongsikan sedikit tentang bagaimana strategi yang kami gunakan untuk dapatkan hasil seperti dalam gambar di bawah ini:

RM153,230 tanpa perlu reply whatsapp untuk dapatkan sales!

Niche: Baju kurung
Anggaran Harga: RM100 – RM199

Follower di FB & IG di campurkan hanya belasan ribu

Follower tak semestinya membeli! Walaupun follower tak ramai, masih boleh capai result 6 angka. Sebab lepas belajar, terus gunakan dan inilah hasilnya!

Kalau berminat nak tahu strategi & tekniknya, sila baca sampai habis.

Strategi yang digunakan adalah Integrated Digital Marketing, yang menggabungkan beberapa platform social media untuk menarik trafik ke website seperti berikut:

  1. Facebook Ads
  2. Instagram Ads
  3. Google Ads
  4. YouTube
  5. Email Marketing
  6. Facebook Messenger

Gabungan ni tak susah kalau anda tahu cara bagaimana untuk setting dapat optimum kan hasilnya.

Tujuan menggunakan setiap platform yang ada adalah untuk menarik prospek masuk ke dalam website untuk melihat produk yang ada dalam website.

Sebelum saya terlupa, website ini telah pun di masukkan dengan Facebook pixel supaya memudahkan urusan membuat retargeting.

Sangat penting untuk meletakkan FB pixel dalam website kerana FB akan membantu mengumpulkan data behaviour trafik yang masuk ke dalam website.

Sebagai contoh, laman mana yang anda pernah masuk, adakah anda pernah masuk page add-to-cart ataupun adakah pernah membeli di website tersebut.

Cara Setting Iklan:

  1. Facebook/Instagram

Kempen: Tarik Trafik Ke Website/Messenger (Untuk FB Messenger)
Objektif: Trafik (Untuk tarik seramai yang mungkin masuk ke website)
Bajet Ads: RM150 – RM350 sehari
Target: Umur 25 – 35, Jantina Wanita, Fashion/Prof Muhaya/Pelbagai lagi, Potential Audience (100K – 500K)

Yang ini perlu buat Split Test untuk melihat interest yang mana mampu menarik lebih ramai trafik ke website. Anggaran Cost Per Result/Cost Per Landing Page View < RM2.00. Paling rendah kami dapat RM0.73

Cara terbaik untuk dapatkan result paling optimum di FB ads hanya dengan buat Split Test.

Cara ini akan di ajarkan dalam Web Kicktsart Masterclass (WKM)

Kempen: Conversion
Objektif: Conversion (untuk retargeting kepada prospek yang masih belum beli)
Bajet Ads: RM10 – RM20 sehari
Target: Custom Audience Web Visitor 365 days dan Add To Cart

Kempen: Conversion
Objektif: Conversion (untuk dapatkan pelanggan yang hampir sama dengan pembeli)
Bajet Ads: RM10 – RM20 sehari
Target: Lookalike Audience dan Purchase

Dari hasil yang kami dapat, iklan di Instagram perform lagi bagus berbanding Facebook. Tapi ini bergantung kepada produk/servis anda. Bergantung kepada audiences anda.

2. Google Ads

Yang ini anda perlu cari sebanyak mungkin keyword yang bersesuaian untuk produk/servis anda

Lepas 2-3 hari cari keyword yang negatif dan buang dari iklan. Supaya ianya tak mengganggu iklan

Kemudian kena monitor tengok keyword mana yang perform supaya kita fokus untuk bid lebih tinggi kepada keyword yang perform tu.

3. YouTube

Ramai yang tak tahu yang sebenarnya kalau gunakan YouTube lebih mudah untuk naikkan produk/servis kepada Google First Page

Kenapa perlu naikkan ke First Page?

Ada ratusan juta website yang ada di dunia ni, so sangat penting kalau kita nak bersaing dengan website/content yang memang dah lama ada dalam Google.

Jadi gunakan YouTube untuk upload video berkaitan dengan produk/servis dengan letakkan keywords & tag yang bersesuaian, pastikan keyword tu adalah keyword yang prospek akan taip di Google.

Tak sampai 5 minit, video akan naik ke first page. PANTAS!

4. Email Marketing

Untuk email marketing, sasaran kami adalah blast email kepada pelanggan sedia ada. Kemudian berikan kod promosi untuk pelanggan membeli dari website.

Setiap hari akan dihantarkan email kepada senarai pelanggan, supaya mereka sentiasa ingat dan tahu tentang kewujudan brand/produk/servis

Untuk yang ini, kami gunakan Mailchimp sebagai sistem penghantaran email blast.

5. Facebook Messenger

Leads yang kami terima dari FB/IG ads pada nombor 1 akan tersimpan di FB Messenger. Kami gunakan ManyChat untuk hantarkan promo terkini serta artikel berkaitan produk, artikel dan sebagainya.

Tetapi terdapat pantang larang dalam gunakan ManyChat, dimana anda perlu ada strategi untuk menarik pelanggan membaca mesej anda dan bukan terus meminta mereka untuk membeli.

Untuk pastikan anda kekal dapatkan jualan 5 – 6 angka sebulan, anda WAJIB buat Integrated Digital Marketing

Pelbagaikan saluran untuk tarik trafik prospek masuk ke dalam website.

Kiraannya mudah: Makin ramai trafik masuk ke website, makin tinggi potensi mereka untuk membeli, makin banyak jumlah jualan produk anda

Apa yang saya kongsikan ni baru 10% dari apa yang sepatutnya anda lakukan, anda perlu memahami dan lakukan praktikal untuk dapatkan hasil seperti di atas.

Kalau anda nak belajar dengan lebih mendalam, boleh join Kelas Intensif Web Kickstart Masterclass (WKM) di SINI, atau klik pada gambar di bawah:

Daftar sekarang untuk dapatkan harga PROMO yang sangat TERHAD

Kalau anda suka dengan artikel ni, apa kata anda share kan artikel ni supaya lebih ramai dapat belajar sesuatu. Thanks

Faiz Mohamad

5 Sebab Kenapa Anda Perlu Gunakan Digital Marketing Untuk Business Anda

by in Digital Marketing December 6, 2019

Dah nak tahun 2020, takkan masih belum online business anda?

Masih mengharapkan cara marketing tahun 2000? Tu dah hampir 20 tahun lepas punya strategi dah

Mungkin anda masih belum tahu tentang kelebihan gunakan digital marketing untuk business anda, tak jadi masalah.

Jom tonton video ini, saya ada sediakan 5 Sebab Kenapa Anda Perlu Gunakan Digital Marketing Untuk Business Anda

Selamat menonton

Kalau dah tonton jangan lupa share ok, bagi ramai orang diluar sana dapat manfaatnya.

Faiz Mohamad

5 Jenis Produk WAJIB Dielakkan untuk Dropshipping

by in Dropship August 7, 2019

Dropshipping memang tak dinafikan merupakan satu bisnes model yang mudah untuk mulakan bisnes. Kerana anda tak perlu keluarkan modal yang besar untuk mulakannya.

Tapi adakah semua produk boleh dijual menggunakan konsep dropshipping? Ada ke produk yang tak laku dan merugikan? SEMESTINYA!!!

Ada sesetengah produk yang WAJIB anda elakkan daripada jadikannya sebagai produk dropshipping di website e-commerce anda seperti website saya icasemate.com

Jadi berdasarkan daripada pengalaman sendiri, saya kongsikan 5 jenis produk yang WAJIB dielakkan untuk dropshipping. Semoga ianya membantu dan memberi inspirasi kepada anda untuk menjalankan bisnes dropship ini.

#1 Produk Yang Besar @ Berat

Kenapa? Cuba anda bayangkan produk yang lebih mudah dan selamat untuk dihantar oleh postman? Yang berat atau ringan? Semestinya yang lebih ringan.

Lebih berat satu produk tu, lebih susah untuk diuruskan. Sebarang perkara buruk yang terjadi semasa proses penghantaran, anda perlu uruskan pelbagai proses nanti.

Jadi buat apa pening kepala nak uruskan perkara yang bukan kita yang buat? Jadi cuba elakkan gunakan produk-produk sebegini.

#2 Produk Yang Merbahaya

Sebarang objek yang merbahaya atau berbentuk seakan-akan objek tersebut adalah DILARANG sama sekali.

Kerana ianya mempunyai kemungkinan besar produk tersebut takkan lepas dari pihak Kastam mana-mana negara sekali pun.

Sebab setiap negara mempunyai peraturan mereka sendiri. Jadi lebih baik kita elakkan dari cuba melawan peraturan.

#3 Mudah Pecah (Fragile)

Terlalu banyak kes untuk produk-produk yang mudah pecah ni berlaku semasa proses penghantaran.

Bukan nak salahkan postman, tapi bila dah terlalu banyak barang yang mereka hantarkan, mungkin akan ada satu dua yang terjatuh dan sebagainya.

Lebih baik kita elakkan menjual produk sebegini supaya kita tak perlu nak uruskan proses refund dan sebagainya. Buang masa je nanti.

#4 Barang Kesihatan

Sama seperti barang merbahaya, barang kesihatan ataupun ubat-ubatan ada sekatan tertentu di setiap negara oleh Kastam.

Susah nak lepas nanti pelanggan anda yang akan “bising” kepada anda. Padahal bukan salah anda pun.

#5 Produk Yang Tak Boleh di Iklankan di Sosial Media

Yang ini paling PENTING!

Sebab majoriti bisnes dropshipping ini bergantung kepada FB untuk jalankan iklan. Jadi kalau produk anda tak boleh di iklankan di FB, jangan harap lah anda nak dapat sales kan?

Instagram & Facebook mempunyai 3.2B pengguna di seluruh dunia, jadi rugi kalau kita tak dapat nak iklankan produk kita kepada pengguna media sosial. Sebab disitulah lombong emas anda.

Antara contoh produk yang tak boleh di iklankan adalah produk ubat kuat, berkaitan seks, kesihatan, senjata, rokok dan pelbagai lagi.

Jangan Risau

Sebab sekiranya anda ingin memulakan bisnes e-commerce & dropship ni, saya ada sediakan satu kelas yang sangat sesuai untuk anda.

Bukan sahaja anda akan dapat website e-commerce (bernilai RM3,589) PERCUMA! Tapi anda juga boleh belajar cara untuk pasarkan produk-produk dropship anda ke luar negara.

Tapi tak tahu nak pilih produk apa?

Macam saya cakap, JANGAN RISAU.

Sebab dalam kelas nanti saya akan berikan satu sistem yang mana terdapat lebih daripada 50,000 jenis produk yang sesuai untuk dijadikan sebagai produk dropship anda.

Anda tak perlu pening kepala lagi untuk cari produk mana yang sesuai. Semuanya dah di’hidangkan’ kepada anda.

Dengan beberapa klik je, segala info dan maklumat produk akan masuk ke website anda.

Klik SINI untuk mendaftar.

50,000+ DATABASE DLM MASA 30 HARI!!! Real Case Study!

by in Digital Marketing, Email Marketing March 5, 2019

Tak ramai yg tahu tentang apa kepentingan database ni, tapi siapa yg pegang banyak database dlm business mustahil business dia boleh melingkup.

Antara sebab kenapa pentingnya database ni adalah dia menjimatkan KOS dan MASA.

Sebab database dah ada, tak perlu lagi habiskan duit utk invest cari pelanggan yg baru. Gunakan database utk kongsikan maklumat, dan sampaikan promosi2 terkini. Untung2 boleh dapat repeat order drpd mereka huhu..

Jadi sekarang saya kongsikan mcm mana saya run kan project kumpul database sebelum ni utk client saya.

Atas sebab2 tertentu dan menjaga privasi client, saya tak boleh nak beritahu siapa mereka.

Step 1: Pilih Email Marketing service provider yg reliable. Kalau nak jimat, cari yg percuma. 

Contoh mcm yg sya selalu kongsikan dgn alumni #inmindclan ataupun client sya sebelum ni mulakan guna mailchimp.com

Sebab memang trusted, reliable, mudah dan apa yg selalu sya gunakan. Saya cuma ajar apa yg sya guna je.

Mailchimp ni boleh kumpulkan data dan boleh hantarkan email blast dgn sekali klik je kpd semua database yg kita ada. 

Lepas tu utk 2,000 email database ke bawah, kita boleh gunakan secara PERCUMA je.. Ok la tu kan kalau utk permulaan?

Sekarang ni pula mailchimp ada features yg boleh buat landing page utk collect database kita.

Step 2: Sediakan ruang utk isikan maklumat mereka, kebiasannya sya akan minta 3 info je dari pelanggan, Nama, No Telefon & Email mereka. 

Kalau minta banyak2 nanti diorang malas nak isi.. 

Step 3: Sediakan tawaran menarik dan hias cantik2 landing page tu dan berikan maklumat dan info kenapa mereka perlu daftar dan “serah” kan maklumat mereka secara sukarela.

Biasanya sya akan selitkan sekali benda percuma yg mereka boleh dapat, kalau mereka isikan maklumat yg kita minta. Lagi banyak benefit kita sediakan, lagi banyak org akan daftar.

Step 4: Kongsikan link landing page yg dah siap tadi tu di FB, IG, Twitter atau dekat mna2 je supaya orang boleh nampak link tu dan tekan utk masuk ke landing page kita tadi tu.

Ataupun guna kan fb/ig ads utk tarik LEBIH RAMAI potential leads utk masuk ke landing page kita tadi tu.

Step 5: KONSISTEN kongsikan link utk landing page td tu dalam setiap posting kita bersama dgn benefit/free gift yg boleh mereka dapat kalau masuk ke dalam landing page kita td tu.

So, nmpk mcm rumit kan? tapi sebenarnya mudah je kalau tahu caranya. Kena rajin dan selalu buat barulah mahir kan?

Cara kat atas ni boleh digunakan utk apa-apa jenis business pun.. Bukan utk business tertentu je.

Lepas ni sya akan kongsikan cara kumpul database utk kedai makan pula ok? Kalau ada yg nak komen NAK kat bawah ok?

Tapi sebelum tu sya kongsikan juga tip utk kumpulkan database.

1. Jangan SPAM pelanggan dan paksa mereka membeli.
2. Email marketing hanya utk perkongsian maklumat dan update terkini tentang business.
3. Perlu faham yg tak semua orang akan buka email utk baca sekarang ni, memang terbukti yg hanya 20% – 30% shaja yg akan buka. So, kena kumpul lagi banyak database ok.
4. Sediakan tawaran yg menarik dan hadiah percuma sekiranya nak mudah kumpulkan database.
5. Belajar cara utk tingkatkan open rate email dgn headline yg menarik.
6. Dalam buku Digital Marketing Exposed (DMX), salah satu topiknya adalah Tingkatkan Kesetiaan dan Jumlah Belian Pelanggan. Kat sini saya akan kongsikan dgn lebih mendalam tentang email marketing ni.


Belajar sesuatu?


Silakan Share posting ni dan saya cuma nak beritahu yg sekarang ni sya dengan berbesar hati nak berikan 1,000 naskah buku DMX ni secara PERCUMA! Siap ada BONUS PERCUMA bernilai RM1,159 utk anda

Boleh dapatkan maklumat lanjut dekat faizmohamad.com ok?

Kena grab tawaran ni cepat2, sebab tawaran memang SANGAT TERHAD.


Terima kasih #inmindclan

3 Strategi Datuk Seri Siti Nurhaliza Guna Raih RM8,000,000 Dalam Masa 2 Jam!

by in Digital Marketing, Marketing January 23, 2019

Baru-baru ni kita digemparkan dengan kejayaan Datuk Seri Siti Nurhaliza di platform E-Commerce Go Shop untuk mempromosikan Set Istimewa Vantage mencipta rekod luar biasa apabila beliau berjaya membuat jualan berjumlah RM 8 juta ringgit hanya dalam tempoh DUA JAM!.

Ramai yang terkejut bila dengar kejayaan yang sangat memberangsangkan tu. Jualan tersebut melebihi 7 kali ganda jumlah sasaran awal yang ditetapkan!

Mesti ada juga nak tahu cara bagaimana dalam masa 2 jam je, CTDK mampu menghasilkan jualan seperti tu. Memang tak masuk akal. 

Tapi semua tu tak mustahil, sebab strategi yang digunapakai oleh GoShop memang boleh diguna oleh sesiapa sahaja.

“Eleh.. CTDK tu femes memang la boleh buat macam tu… GoShop pula ada bajet marketing yang besar, boleh la..”

Ye betul, memang tak dapat nak di nafikan kredibiliti dan populariti CTDK juga membantu sedikit sebanyak kejayaan tersebut. Tambahan dengan bajet yang besar GoShop memang sukar untuk usahawan biasa nak melabur.

Tapi apa yang boleh saya kongsikan adalah 3 STRATEGI yang boleh kita gunakan, walaupun kita tak mempunyai bajet yang besar!

Jom sambung baca di bawah

1. Teaser

GoShop dari awal bulan 12 dah mula kan kempen pemasaran mereka dengan mengeluarkan iklan-iklan di semua rangkaian sosial media serta media massa seperti radio dan tv.

Mereka mempromosikan tarikh hari mereka akan “on air” tersebut lebih awal untuk menarik minat pelanggan untuk tonton siaran langsung mereka pada 6hb Januari lalu. 

Selain tu juga, mereka menyediakan tempahan awal bagi mereka yang ingin hadir ke sesi live penjualan produk tersebut. Dari situ je mereka telah menjual sebanyak 100 unit produk.

2. Promosi

Selain membuat teaser untuk menarik pelanggan menonton sesi live mereka, GoShop juga bekerjasama dengan CTDK untuk membuat promosi yang tak mungkin akan dilepaskan oleh peminat tegar CTDK.

Yang mana, mereka layak untuk memenangi sepasang tiket Platinum yang bernilai RM710 ke konsert CTDK On Tour.

https://i2.wp.com/i.postimg.cc/brGGVd77/siti-3.jpg?zoom=2&w=584&ssl=1

Bermakna dekat sini, mereka memberi added value untuk pelanggan yang membeli. 

Sama konsep macam kita berikan FREE GIFT untuk setiap belian produk.

Strategi yang selalu kita nampak syarikat-syarikat gergasi gunakan untuk menarik minat pelanggan membeli.

Dekat sini mereka akan buatkan pelanggan lebih rasa dihargai dan berbaloi kerana bukan sahaja pelanggan dapat produk, tapi dapat lagi barang lain sebagai free gift.

Anda juga boleh menggunakan strategi yang sama betul tak?

3. Pengaruh

View this post on Instagram

❤️this pic

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Sebagai seorang penyanyi no. 1 negara, CTDK memang mempunyai pengaruh yang kuat dan di Instagram beliau sahaja mempunyai 5.9m followers.

Strategi GoShop memilih CTDK sebagai influencer merupakan langkah bijak untuk mempromosikan produk dalam senarai mereka.

Jadi sekarang ni anda rasa, strategi mana yang anda boleh gunakan untuk produk/servis anda?

Cuba anda kongsikan strategi apa lagi yang anda tahu tentang kejayaan CTDK dan GoShop hasilkan jualan sebanyak RM8 juta tu supaya kita sama-sama belajar sesuatu.

Faiz Mohamad
Usahawan | Pakar Pemasaran Digital | Jurulatih | Mentor

8 Kategori Headline Berkesan Untuk Iklan Digital Marketing Beserta Contoh

by in Copywriting, Digital Marketing, Marketing January 18, 2019

Selalu pening tentang apa nak tulis copywriting untuk buat iklan digital marketing? lebih-lebih dekat FB & IG?

Jangan risau, harini Faiz Mohamad kongsikan apakah 8 Kategori Headline Berkesan beserta dengan contoh yang mungkin kena dengan bisnes anda atau anda boleh adaptasikan dengan jenis bisnes anda.

Berdasarkan pengalaman, bila tukar headline je sebenarnya boleh meningkatkan 30% sales.

Sebab majoriti pelanggan malas nak baca copywriting yang panjang-panjang, jadi mereka hanya baca headline je. Sama macam kita baca surat khabar kan?

Jadi dalam video ni anda akan didedahkan caranya macam mana.

Jangan lupa share kan post ni supaya rakan-rakan yang lain dapat manfaatnya. Terima kasih

3 Perkara Yang Perlu Anda Elakkan Semasa Membuat Email Marketing

by in Digital Marketing, Email Marketing January 4, 2019

Salah satu komponen digital marketing yang berkesan adalah dengan menggunakan email marketing. Dengan email marketing anda sebenarnya mampu untuk mengurangkan kos marketing dan dapat menyampai mesej yang lebih jelas serta tepat kepada pelanggan anda.

Selama hampir 10 tahun membantu usahawan belajar serta menguruskan kempen digital marketing, saya dapati terdapat beberapa perkara penting yang perlu anda elakkan dalam email marketing.

Majoritinya, akan ada yang berpendapat masih relevan lagi ke untuk gunakan email marketing ni? Ada ke orang masih membaca email? Itu memang tak dinafikan, tapi jom kita lihat statistik kadar purata email mengikut industri untuk Oktober 2018 yang dibuat oleh Constant Contact

Hasil dari kajian, secara purata hampir 40% email dibuka melalui telefon bimbit dan 60% yang dibuka melalui desktop.

Ini bermakna, pengguna masih lagi membuka email untuk membaca mesej yang kita sampaikan. Sebab itu kita perlu kumpulkan seberapa banyak database email.

Sebagai contoh, sekiranya anda hanya ada 100 email database. Bermakna 40-60 orang berkemungkinan membuka email yang dihantar oleh anda. Tapi bayangkan bagaimana kalau anda mempunyai 1,000, 5,000, 10,000 atau 100,000 dan lebih?

Anda boleh kira sendiri berapa ramai yang akan membuka email anda.

Samaada mereka bertindak untuk dapatkan maklumat lanjut atau tidak jadi persoalan nombor dua, yang penting mereka nampak email kita dan sedar dengan akan kewujudan kita.

Tapi masih terdapat beberapa cara untuk meningkatkan open rate email dengan melakukan 5 perkara ini.

1. Elakkan Perkataan Jargon

Perkataan jargon ini sebenarnya perkataan yang kompleks atau khusus untuk bidang-bidang tertentu, atau bahasa lain ianya susah untuk difahami oleh orang ramai. Sebagai contoh untuk industri pengurusan business, OPEX dan CAPEX mungkin mudah difahami oleh pengamalnya. Tapi bagaimana orang ramai?

OPEX – Operational Expenses
CAPEX – Capital Expenses

Apa yang boleh anda lakukan adalah anda menggunakan bahasa atau ayat yang mudah difahami, atau ayat santai seperti bersembang bersama rakan.

Anda bukannya nak tunjukkan yang betapa hebatnya anda dalam industri anda, tapi apa yang anda perlu lakukan adalah memudahkan pelanggan anda membaca dan memahami mesej yang nak disampaikan.

Anda hanya ada masa 3 saat je untuk menarik minat pelanggan untuk membaca konten anda, kerana lebih daripada itu mereka akan rasa kurang berminat dengan mesej yang nak disampaikan.

Mesej yang hendak disampaikan mestilah mudah dan senang untuk difahami.

2. Gebang (Perbesar-besarkan)

Maksud gebang disini adalah anda memperbesarkan kualiti dan servis business anda.

Anda memberikan statement yang produk anda adalah produk revolusi, inovatif dan tak pernah wujud lagi sebelum ini.

Anda memberitahu segala serba serbi tentang ciri-ciri produk anda, dimana anda sepatutnya menceritakan apakah kelebihan dan manfaat produk itu kepada pelanggan anda.

Baru mereka akan rasa tertarik untuk terus membaca mesej anda.

Ataupun, biarkan “action speaks louder” dengan menunjukkan bukti dan testimoni pelanggan terdahulu terhadap keberkesanan produk/servis anda.

Itu lebih mudah dipercayai oleh pelanggan berbanding anda sendiri yang menceritakannya.

3. Call-To-Action (CTA) (Tindakan Lanjut)

Elak menggunakan CTA yang terlalu banyak dalam satu email.

Sebagai contoh, sekiranya kita bawa anak-anak untuk pergi ke kedai gula-gula, mereka boleh jadi sampai tak tahu nak beli yang mana satu kerana terlalu banyak pilihan yang ada.

Begitu juga dengan CTA, kalau boleh letak 1 CTA untuk 1 email, supaya kita ‘paksa’ pelanggan untuk menekan butang atau lakukan tindakan lanjut seperti yang di arahkan.

Bagi tahun 2019 ini, sangat rugi bagi anda yang masih belum menggunakan email marketing. Ini kerana email marketing akan jadi lebih berkesan berbanding FB ads, IG ads ataupun Google Adwords.

Kerana anda boleh menyampaikan mesej ataupun menjalankan kempen marketing anda dengan modal HAMPIR RM0!

Jadi sebagai ringkasan:

  • Gunakan perkataan mudah difahami dan santai. Pastikan ianya pendek dan padat supaya tidak ‘kelaut”
  • Kongsikan kelebihan dan manfaat berbanding ciri-ciri produk
  • Elak meletakkan CTA yang banyak sampai pelanggan menjadi pening tak tahu mana satu perlu dipilih.

Akhir sekali, pastikan setiap mesej yang disampaikan perlu menekan yang anda ingin membantu pelanggan dan bukannya ayat yang menjual kepada mereka.

Terima kasih

Faiz Mohamad
Usahawan | Pakar Pemasaran Digital | Jurulatih | Mentor