fbpx

Bagaimana Untuk Tingkatkan Jualan Dengan Menggunakan Google My Business

by in Digital Marketing, Marketing December 28, 2019

Dalam artikel ini, saya akan kongsikan kenapa anda perlu letakkan business anda di Google? Apa itu Google My Business? Bagaimana untuk mulakan Google My Business?

Bayangkan, anda sekarang sedang pergi bekerja ke luar daerah yang belum pernah anda pergi sebelum ini. Anda rasa lapar dan tak tahu nak makan dekat mana yang sedap?

Jadi apa yang anda akan buat?

Ambil telefon dan mesti akan buat perkara berikut:

  1. Tanya kawan
  2. Tanya orang tempatan
  3. Search Google

Kebiasaannya no 3 adalah yang paling mudah nak buat. Anda akan dapat jawapan serta merta!

Siapa yang biasa buat? hehe

Berdasarkan hasil kajian oleh Google, 80% pengguna akan menggunakan Google Search Engine untuk mencari maklumat tentang sesuatu yang di inginkan.

50% pelanggan yang mencari carian menggunakan telefon bimbit mereka akan ke tempat yang mereka cari dalam masa sehari.

Dan 38% pelanggan akan lebih suka pergi ke tempat yang mereka yang ingin tuju sekiranya mereka jumpa maklumat terkini business tersebut di Google.

Dengan data yang ada, sangat jelas kenapa anda perlu letakkan maklumat terkini business anda secara online di Google.

Itulah yang dipanggil Google My Business

Sebagai contoh, sekiranya anda taip kedai makan sedap Shah Alam. Mesti akan keluar listing sebegini

Dan sekiranya anda adalah seorang usahawan restoran ataupun kedai makan, sepatutnya bila ada pelanggan cuba buat carian di Google. Nama restoran/gerai anda perlu keluar di bahagian listing ini.

Barulah pelanggan boleh datang ke restoran dan makan di restoran anda. Lebih menarik lagi, Google sediakan servis ini secara PERCUMA!

Rugi kalau tak gunakan platform yang percuma untuk tingkatkan lagi jualan business anda.

Anda hanya perlu pergi ke Google My Business untuk mendaftar dan letakkan nama business anda di sana.

Barulah mudah untuk pelanggan mencari maklumat tentang business anda secara online, dan dalam masa yang sama, ianya boleh tingkatkan jualan business anda jika mereka datang ke kedai anda.

Betul ke betul?

Sekiranya anda nak belajar dengan lebih mendalam bagaimana untuk tarik lebih ramai pelanggan dengan menggunakan digital marketing, anda boleh ke inmind.my/wkm untuk maklumat lanjut.

Atau klik gambar di bawah ini.

Share kan posting ini supaya lebih ramai rakan-rakan usahawan boleh belajar

Faiz Mohamad

3 Strategi Datuk Seri Siti Nurhaliza Guna Raih RM8,000,000 Dalam Masa 2 Jam!

by in Digital Marketing, Marketing January 23, 2019

Baru-baru ni kita digemparkan dengan kejayaan Datuk Seri Siti Nurhaliza di platform E-Commerce Go Shop untuk mempromosikan Set Istimewa Vantage mencipta rekod luar biasa apabila beliau berjaya membuat jualan berjumlah RM 8 juta ringgit hanya dalam tempoh DUA JAM!.

Ramai yang terkejut bila dengar kejayaan yang sangat memberangsangkan tu. Jualan tersebut melebihi 7 kali ganda jumlah sasaran awal yang ditetapkan!

Mesti ada juga nak tahu cara bagaimana dalam masa 2 jam je, CTDK mampu menghasilkan jualan seperti tu. Memang tak masuk akal. 

Tapi semua tu tak mustahil, sebab strategi yang digunapakai oleh GoShop memang boleh diguna oleh sesiapa sahaja.

“Eleh.. CTDK tu femes memang la boleh buat macam tu… GoShop pula ada bajet marketing yang besar, boleh la..”

Ye betul, memang tak dapat nak di nafikan kredibiliti dan populariti CTDK juga membantu sedikit sebanyak kejayaan tersebut. Tambahan dengan bajet yang besar GoShop memang sukar untuk usahawan biasa nak melabur.

Tapi apa yang boleh saya kongsikan adalah 3 STRATEGI yang boleh kita gunakan, walaupun kita tak mempunyai bajet yang besar!

Jom sambung baca di bawah

1. Teaser

GoShop dari awal bulan 12 dah mula kan kempen pemasaran mereka dengan mengeluarkan iklan-iklan di semua rangkaian sosial media serta media massa seperti radio dan tv.

Mereka mempromosikan tarikh hari mereka akan “on air” tersebut lebih awal untuk menarik minat pelanggan untuk tonton siaran langsung mereka pada 6hb Januari lalu. 

Selain tu juga, mereka menyediakan tempahan awal bagi mereka yang ingin hadir ke sesi live penjualan produk tersebut. Dari situ je mereka telah menjual sebanyak 100 unit produk.

2. Promosi

Selain membuat teaser untuk menarik pelanggan menonton sesi live mereka, GoShop juga bekerjasama dengan CTDK untuk membuat promosi yang tak mungkin akan dilepaskan oleh peminat tegar CTDK.

Yang mana, mereka layak untuk memenangi sepasang tiket Platinum yang bernilai RM710 ke konsert CTDK On Tour.

https://i2.wp.com/i.postimg.cc/brGGVd77/siti-3.jpg?zoom=2&w=584&ssl=1

Bermakna dekat sini, mereka memberi added value untuk pelanggan yang membeli. 

Sama konsep macam kita berikan FREE GIFT untuk setiap belian produk.

Strategi yang selalu kita nampak syarikat-syarikat gergasi gunakan untuk menarik minat pelanggan membeli.

Dekat sini mereka akan buatkan pelanggan lebih rasa dihargai dan berbaloi kerana bukan sahaja pelanggan dapat produk, tapi dapat lagi barang lain sebagai free gift.

Anda juga boleh menggunakan strategi yang sama betul tak?

3. Pengaruh

View this post on Instagram

❤️this pic

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Sebagai seorang penyanyi no. 1 negara, CTDK memang mempunyai pengaruh yang kuat dan di Instagram beliau sahaja mempunyai 5.9m followers.

Strategi GoShop memilih CTDK sebagai influencer merupakan langkah bijak untuk mempromosikan produk dalam senarai mereka.

Jadi sekarang ni anda rasa, strategi mana yang anda boleh gunakan untuk produk/servis anda?

Cuba anda kongsikan strategi apa lagi yang anda tahu tentang kejayaan CTDK dan GoShop hasilkan jualan sebanyak RM8 juta tu supaya kita sama-sama belajar sesuatu.

Faiz Mohamad
Usahawan | Pakar Pemasaran Digital | Jurulatih | Mentor

8 Kategori Headline Berkesan Untuk Iklan Digital Marketing Beserta Contoh

by in Copywriting, Digital Marketing, Marketing January 18, 2019

Selalu pening tentang apa nak tulis copywriting untuk buat iklan digital marketing? lebih-lebih dekat FB & IG?

Jangan risau, harini Faiz Mohamad kongsikan apakah 8 Kategori Headline Berkesan beserta dengan contoh yang mungkin kena dengan bisnes anda atau anda boleh adaptasikan dengan jenis bisnes anda.

Berdasarkan pengalaman, bila tukar headline je sebenarnya boleh meningkatkan 30% sales.

Sebab majoriti pelanggan malas nak baca copywriting yang panjang-panjang, jadi mereka hanya baca headline je. Sama macam kita baca surat khabar kan?

Jadi dalam video ni anda akan didedahkan caranya macam mana.

Jangan lupa share kan post ni supaya rakan-rakan yang lain dapat manfaatnya. Terima kasih

FAKTOR KEGAGALAN USAHAWAN MENJALANKAN KEMPEN PEMASARAN

by in Digital Marketing, Marketing January 4, 2019

Antara beberapa faktor yang suka tekan kpd peserta dan pelanggan saya adalah bila kita nak buat kempen pemasaran, kita perlu lebih fokus kepada manfaat berbanding ciri-ciri..

BENEFIT vs FEATURES! Besar perbezaannya

Secara psikologinya, manusia lebih tertarik mendengar/melihat perkara yang boleh mendatangkan manfaat kepada mereka berbanding apakah ciri-ciri produk tersebut.

Sekiranya kita hanya fokus kepada ciri-ciri, pelanggan anda akan memikirkan, apakah kebaikannya untuk mereka? Jangan biarkan mereka tertanya-tanya dengan semua ciri-ciri produk/servis anda, terangkan secara detail bagaimana produk/servis anda mampu memudahkan atau menyelesaikan masalah mereka.

Sebagai contoh, Steve Jobs ketika mengeluarkan produk Apple. Ketika beliau membuat product launching, Steve hanya akan fokus kepada benefit produk berbanding ciri-ciri.

Contohnya semasa mengeluarkan produk Macbook Air, beliau hanya keluar di atas pentas dengan membawa sepucuk sampul surat dan didalamnya di isikan dengan sebiji Macbook Air. 

Ketika itu semua orang sangat tertarik dengan persembahan yang sangat simple tapi memberikan impak yang besar. Kerana sebiji ‘laptop’ yang berkuasa tinggi mempunyai ciri yang sangat nipis boleh diletakkan dalam sampu surat.

Bermakna, beliau sebenarnya sedang menjual Macbook Air tersebut kepada pengguna yang gemar dgn laptop yang berkuasa tinggi tapi mahukan laptop yang ringan dan nipis untuk mudah dibawa kemana sahaja.

Action speaks louder’ dimana beliau tidak perlu memberitahu ciri-ciri laptop tersebut dengan memberitahu berapa inci nipis laptop tersebut, processor apa yang digunakan dan sebagainya.

Ketika itu sahaja, hasil jualan Macbook Air mencecah 700,000 unit selepas diperkenalkan.

Jadi nampak tak perbezaannya? 

Majoriti usahawan sekarang ini akan lebih fokus kepada ciri-ciri produk/servis mereka. 

Anda jenis yang macam mana?

Cuba KOMEN produk/servis anda di bawah dan letakkan apakah benefit produk untuk kita sama-sama belajar ok?

Faiz Mohamad
Usahawan | Pakar Pemasaran Digital | Jurulatih | Mentor

5 TEKNIK PEMASARAN DIGITAL YANG SEMUA USAHAWAN PERLU TAHU & WAJIB BUAT DGN MODAL HAMPIR KOSONG!!!

by in Digital Marketing, Marketing January 3, 2019

Dalam pemasaran digital, membina hubungan antara anda dan bakal pelanggan sangat penting. Sebab mereka tak pernah jumpa anda pun apatah lagi mungkin ada yg tak tahu tentang produk/servis anda.

Kalau dah tak kenal mcm mana nak wujudkan kepercayaan (trust) utk berikan duit utk membeli daripada anda kan? 

TRUST sangat penting utk pemasaran digital. 

Jadi saya sediakan 5 teknik yg boleh anda lakukan dgn modal hampir KOSONG!

1. Video Testimoni

Untuk meningkatkan TRUST dalam dunia digital ni, video testimoni dari pelanggan sedia ada sangat mempengaruhi orang lain kerana hasil yg telah terbukti. 

Dengan video juga, boleh menarik lebih ramai orang untuk minat mengetahui dgn lebih lanjut tentang produk/servis kita. 

Tapi macam mana pula kalau takde testimoni?

Jangan risau, apa yg anda boleh lakukan adalah anda boleh mula berikan produk/servis secara percuma kpd rakan2 atau keluarga terlebih dahulu. 

Kemudian shoot la video mereka dan sentiasa update testimoni pelanggan seterusnya ok😉

2. Tutorial

Sekiranya anda menjual produk tudung, antara cara untuk meningkatkan engagement adalah dgn membuat tutorial atau demo pemakaian tudung anda tu, atau mungkin ada bentuk terbaru yg boleh ada kongsikan kpd pelanggan anda.

Sekiranya anda menyediakan servis software, anda juga boleh hasilkan video tutorial bagaimana software itu digunakan untuk menarik lebih ramai engagement 

Mudah je kan??

3. Copywriting (Storytelling)

Media sosial ni bukan tmpt menjual! Anda kena ingat tu. Saya percaya anda juga tak suka tgk posting jualan kawan2 anda kan? 

Sebab tu di media sosial ni, konsep copywriting yg paling efektif adalah dengan bercerita. Secara psikologinya, manusia suka membaca cerita atau kisah2 orang lain sebagai salah satu hiburan mengisi masa lapang.

Contohnya, kalau anda jual produk makanan. Cara tulisan copywriting mungkin boleh buat mcm ni. 

“Nak tahu tak? Brader Ali ni singgah dekat kedai saya tadi, dia order air tak henti2 sebab nak tahan pedas sampai terkeluar peluh jantan makan nasi goreng gunung berapi ni😱😱😱. Yang peliknya kalau orang lain dah pedas sampai tahap macam tu confirm dah benti makan, tapi dia tetap teruskan makan sebab dia kata nasi goreng sini sangat “rare” dgn ada sambal petai ikan bilis lagi… perghhh menusuk kalbu betul.. thank you brader.. esok lusa dtg lagi bawa kawan2 ok?😍😍😍” 

Sambil post gambar pelanggan kita tu td. Barulah siapa yg minat dgn makanan pedas akan rasa teruja utk cuba try test nasi goreng tu juga kan? 

Takdela ayat jom mai singgah makan nasi goreng sini… lepas tu cerita panjang berjela tentang bahan nasi goreng tu.. Tu semua TAK PENTING!

4. CTA 

CTA ataupun call-to-action sangat penting utk diletakkan setiap posting anda. Jangan sesekali lupa tentang CTA ni.

Ini utk pastikan kita gerak kan atau beritahu apa tindakan lanjut yg pelanggan kita kena buat. Nampak mcm remeh, tapi ini sangat memberi kesan kpd engagement pelanggan.

5. Video/Live

Selalu keluarkan posting berbentuk video ataupun live video. Sebab dengan video, pengguna boleh melihat siapa diri anda sebenarnya. 

Psikologi manusia ni suka berinteraksi dgn manusia, jadi kalau mereka nampak kita secara fizikal/virtual akan meningkatkan lagi credibility dan trust mereka kepada kita. 

Lakukan secara konsisten setiap hari kalau boleh. Ini kerana video boleh menarik lebih ramai engagement berbanding text. Lebih2 lagi kalau ada gunakan FB page, hanya 7-10% sahaja yg akan nmpk posting text anda. Berbeza dgn video/live

Jadi ni antara 5 teknik pemasaran digital yg anda boleh gunakan utk business anda.

Kalau rasa ianya bermanfaat, anda boleh TAG rakan business anda atau SHARE post ni ok?

Sebenarnya ada banyak lagi yg bakal saya kongsikan, tapi cukup 5 je utk harini. Yang lain saya bakal kongsikan dalam kelas intensif selama 2 hari yg bakal dijalankan pada hujung bulan ni. 

Ada siapa2 yg nak tahu? Cuba reply NAK, nanti sya akan pm sorang2 tentang info lanjut ok😉

Tempat dia sangat terhad! Sebab sya betul2 nak fokus kpd 20 orang sahaja, siapa cepat dia dapat!

Terima kasih

Faiz Mohamad
Usahawan | Pakar Pemasaran Digital | Jurulatih | Mentor

Teknik Marketing Paling Powerful Berkesan!!!

by in Business & Finance, Marketing November 24, 2018

 

Kajian demi kajian dah dibuat, TERBUKTI ada satu teknik marketing paling powerful berkesan dan proven success untuk anda sebagai usahawan boleh buat untuk tingkatkan lagi sales business anda. Ianya juga merupakan cara TERBAIK untuk closing dan conversions.

Tapi jangan fikir cara ni perlukan masa 15 jam hingga 48jam lamanya untuk fokus susun strategi jalan strategi kempen ni.

Cara dia mudah je.. pernah dengar tentang Referral (rujukan) Marketing?

Referral marketing adalah kaedah mempromosikan produk atau perkhidmatan kepada pelanggan baru melalui rujukan, biasanya dengan cara word of mouth. Sebab itu ianya menjadi satu teknik yang paling powerful berkesan.. Tak percaya? baca selanjutnya.

 

KENAPA REFERRAL MARKETING SANGAT POWERFUL?

Mungkin ada antara anda yang setuju dengan apa saya kongsikan ini. Tapi kenapa ianya sangat powerful? Jom saya kongsikan.

3 sebab kenapa ianya SANGAT POWERFUL:

1. Target Yang Tepat!

Pernah tak anda gunakan FB ads atau Google Adwords dan sakit hati tengok duit habis ‘terbakar’?? Tapi resultnya cuma krik krik?? Kemudian mulalah salahkan mak jukebeg sebab asyik telan duit anda.. huhu..

Tapi dengan referral marketing ataupun word of mouth marketing ni, ianya lebih tepat dengan prospek anda. Kerana mereka yang memberikan maklumat tentang business anda lebih mengenali rakan-rakan atau kenalan mereka yang mempunyai persamaan dengan mereka untuk dapatkan servis atau produk anda.

Jadi ianya akan jadi lebih efektif berbanding kebanyakkan saluran marketing yang lain.

2. Lebih Dipercayai

Disebabkan rakan atau kenalan mereka sendiri yang kenalkan tentang business anda, tahap kepercayaan mereka akan jadi lebih tinggi kerana rakan atau kenalan mereka sendiri yang kenalkan business anda kepada mereka.

3. Kos Efektif

Ianya disebabkan kebarangkalian jenis marketing ini boleh jadi PERCUMA oleh kerana perkongsian rakan-rakan anda melalui perbualan ataupun perkongsian di media sosial.

Jadi sebab itu referral marketing ni sangat BERKESAN dan PENTING untuk anda sebagai usahawan gunakan sebaik mungkin untuk meningkatkan lagi jualan business anda dengan kos yang MINIMA.