fbpx

Jualan RM XXX,XXX Dalam Masa 30 Hari Dengan Menggunakan Website, INI STRATEGINYA!

by in Digital Marketing, Web Development December 18, 2019

Ramai tertanya-tanya, boleh ke buat sales hanya dari website? Macam mana caranya?

Ps/ Gambar atas tu sekadar hiasan, diambil masa kelas sebelum ni

Ok sebelum tu, kalau ada antara anda yang nak belajar secara praktikal bagaimana untuk bina website serta strategi & teknik digital marketing secara advance, boleh klik SINI atau klik gambar dibawah ini


Tawaran Sangat Terhad! Siapa Daftar cepat akan dapat harga PROMO!

Ok kita sambung pada strategi jualan 6 angka 100% dari website.

Bila anda ada website e-commerce sendiri, bermaksud setiap pelanggan anda boleh membeli dari website tanpa perlu mereka bertanyakan soalan panjang berjela di whatsapp kemudian nanti tak jadi beli. Buat sakit hati je kan? huhu

Sebab segala info tentang produk akan diletakkan di dalam website supaya mereka boleh membaca dan memahami cara pembelian serta bayaran secara online.

Tambahan pula, website anda akan berjalan selama 24/7/365 bermaksud, 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun tanpa henti.

Sangat memberi kesan dalam hidup anda sekiranya anda mempunyai website e-commerce, kerana ianya tidak mengganggu kerja lain anda sebagai seorang usahawan yang nak kena close sales dan fikir bagaimana cara untuk kembangkan business lagi.

Jadi hari ini saya akan kongsikan sedikit tentang bagaimana strategi yang kami gunakan untuk dapatkan hasil seperti dalam gambar di bawah ini:

RM153,230 tanpa perlu reply whatsapp untuk dapatkan sales!

Niche: Baju kurung
Anggaran Harga: RM100 – RM199

Follower di FB & IG di campurkan hanya belasan ribu

Follower tak semestinya membeli! Walaupun follower tak ramai, masih boleh capai result 6 angka. Sebab lepas belajar, terus gunakan dan inilah hasilnya!

Kalau berminat nak tahu strategi & tekniknya, sila baca sampai habis.

Strategi yang digunakan adalah Integrated Digital Marketing, yang menggabungkan beberapa platform social media untuk menarik trafik ke website seperti berikut:

  1. Facebook Ads
  2. Instagram Ads
  3. Google Ads
  4. YouTube
  5. Email Marketing
  6. Facebook Messenger

Gabungan ni tak susah kalau anda tahu cara bagaimana untuk setting dapat optimum kan hasilnya.

Tujuan menggunakan setiap platform yang ada adalah untuk menarik prospek masuk ke dalam website untuk melihat produk yang ada dalam website.

Sebelum saya terlupa, website ini telah pun di masukkan dengan Facebook pixel supaya memudahkan urusan membuat retargeting.

Sangat penting untuk meletakkan FB pixel dalam website kerana FB akan membantu mengumpulkan data behaviour trafik yang masuk ke dalam website.

Sebagai contoh, laman mana yang anda pernah masuk, adakah anda pernah masuk page add-to-cart ataupun adakah pernah membeli di website tersebut.

Cara Setting Iklan:

  1. Facebook/Instagram

Kempen: Tarik Trafik Ke Website/Messenger (Untuk FB Messenger)
Objektif: Trafik (Untuk tarik seramai yang mungkin masuk ke website)
Bajet Ads: RM150 – RM350 sehari
Target: Umur 25 – 35, Jantina Wanita, Fashion/Prof Muhaya/Pelbagai lagi, Potential Audience (100K – 500K)

Yang ini perlu buat Split Test untuk melihat interest yang mana mampu menarik lebih ramai trafik ke website. Anggaran Cost Per Result/Cost Per Landing Page View < RM2.00. Paling rendah kami dapat RM0.73

Cara terbaik untuk dapatkan result paling optimum di FB ads hanya dengan buat Split Test.

Cara ini akan di ajarkan dalam Web Kicktsart Masterclass (WKM)

Kempen: Conversion
Objektif: Conversion (untuk retargeting kepada prospek yang masih belum beli)
Bajet Ads: RM10 – RM20 sehari
Target: Custom Audience Web Visitor 365 days dan Add To Cart

Kempen: Conversion
Objektif: Conversion (untuk dapatkan pelanggan yang hampir sama dengan pembeli)
Bajet Ads: RM10 – RM20 sehari
Target: Lookalike Audience dan Purchase

Dari hasil yang kami dapat, iklan di Instagram perform lagi bagus berbanding Facebook. Tapi ini bergantung kepada produk/servis anda. Bergantung kepada audiences anda.

2. Google Ads

Yang ini anda perlu cari sebanyak mungkin keyword yang bersesuaian untuk produk/servis anda

Lepas 2-3 hari cari keyword yang negatif dan buang dari iklan. Supaya ianya tak mengganggu iklan

Kemudian kena monitor tengok keyword mana yang perform supaya kita fokus untuk bid lebih tinggi kepada keyword yang perform tu.

3. YouTube

Ramai yang tak tahu yang sebenarnya kalau gunakan YouTube lebih mudah untuk naikkan produk/servis kepada Google First Page

Kenapa perlu naikkan ke First Page?

Ada ratusan juta website yang ada di dunia ni, so sangat penting kalau kita nak bersaing dengan website/content yang memang dah lama ada dalam Google.

Jadi gunakan YouTube untuk upload video berkaitan dengan produk/servis dengan letakkan keywords & tag yang bersesuaian, pastikan keyword tu adalah keyword yang prospek akan taip di Google.

Tak sampai 5 minit, video akan naik ke first page. PANTAS!

4. Email Marketing

Untuk email marketing, sasaran kami adalah blast email kepada pelanggan sedia ada. Kemudian berikan kod promosi untuk pelanggan membeli dari website.

Setiap hari akan dihantarkan email kepada senarai pelanggan, supaya mereka sentiasa ingat dan tahu tentang kewujudan brand/produk/servis

Untuk yang ini, kami gunakan Mailchimp sebagai sistem penghantaran email blast.

5. Facebook Messenger

Leads yang kami terima dari FB/IG ads pada nombor 1 akan tersimpan di FB Messenger. Kami gunakan ManyChat untuk hantarkan promo terkini serta artikel berkaitan produk, artikel dan sebagainya.

Tetapi terdapat pantang larang dalam gunakan ManyChat, dimana anda perlu ada strategi untuk menarik pelanggan membaca mesej anda dan bukan terus meminta mereka untuk membeli.

Untuk pastikan anda kekal dapatkan jualan 5 – 6 angka sebulan, anda WAJIB buat Integrated Digital Marketing

Pelbagaikan saluran untuk tarik trafik prospek masuk ke dalam website.

Kiraannya mudah: Makin ramai trafik masuk ke website, makin tinggi potensi mereka untuk membeli, makin banyak jumlah jualan produk anda

Apa yang saya kongsikan ni baru 10% dari apa yang sepatutnya anda lakukan, anda perlu memahami dan lakukan praktikal untuk dapatkan hasil seperti di atas.

Kalau anda nak belajar dengan lebih mendalam, boleh join Kelas Intensif Web Kickstart Masterclass (WKM) di SINI, atau klik pada gambar di bawah:

Daftar sekarang untuk dapatkan harga PROMO yang sangat TERHAD

Kalau anda suka dengan artikel ni, apa kata anda share kan artikel ni supaya lebih ramai dapat belajar sesuatu. Thanks

Faiz Mohamad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *