fbpx

PRODUK | SISTEM | PELANGGAN | PROMOSI | PLACE | PRICE YG MANA LAGI PENTING??

by in Business & Finance February 8, 2018

Ini soalan yang sering bermain di fikiran usahawan.

Jadi saya akan kongsikan beberapa pandangan, kisah usahawan yang berjaya dan pengalaman saya sendiri.

Kebanyakkan usahawan yang nak mulakan business, mereka akan fikir yg mereka perlu ada semua sistem, peralatan dan sebagainya.

Sebagai contoh, kalau nak jual nasi lemak. Mereka perlu bangun seawal jam 4pg utk memulakan proses memasak nasi lemak tersebut. Mula dgn masak nasi, sambal, goreng ikan bilis, kacang dan sbgainya sehingga lah menjualnya.

Tapi, ada orang yg jual nasi lemak tanpa perlu bangun seawal 4pg dan masih boleh menjual.

Macam mana caranya?

Mereka cuma perlu order dari orang lain utk dibawa ke tempat perniagaan mereka je.

Lebih mudah kan? Lebih jimat masa dan tenaga.

Now, berbalik kepada persoalan di atas.

Yang mana lagi penting? Saya kongsikan satu persatu.

#1 PRODUK

Ye betul, usahawan perlu menitik beratkan kualiti produk mereka. Sebab kalau produk tak bagus macam mana orang nak membeli dgn kita?

Kualiti produk di ambil dari beberapa aspek seperti:

1. Ketahanannya
2. Keberkesanannya
3. Kebaikkannya
4. Packaging

3 perkara di atas akan memberi kesan jangka panjang kepada business anda.

Tapi itu semua takkan terjadi kalau kita tak tahu apa yang pelanggan mahu kan.

Kita boleh letakkan bahan yang terbaik atau paling mahal di dunia tapi kalau pelanggan tak tahu Kebaikannya, mereka takkan membeli juga.

#2 SISTEM

Sistem memainkan peranan penting sekiranya anda ingin mengembangkan lagi business anda.

Sebab dengan adanya sistem ataupun Standard Operation Procedure (S.O.P), business anda masih boleh dijalankan seperti biasa tanpa anda perlu ada di pejabat.

Sebab apa, anda telah agihkan tugas-tugas tertentu untuk pekerja menghasilkan produktiviti yang sama mengikut SOP yang telah ditentukan.

Namun begitu, kalau sistemnya dah cantik dan pekerjanya berdedikasi, kalau masih tak menitikberatkan apa kehendak pelanggan pun masih takde gunanya.

Yela, bayangkan. Produktiviti pekerja sangat baik, sistem yang paling power kita dah bina. Tapi sales tak masuk! macam mana nak teruskan business? Betul tak?

#3 PROMOSI

Memang tak dinafikan promosi adalah elemen paling penting dalam business.

Sebab kalau kita tak buat promosi, macam mana kita nak tarik pelanggan untuk membeli produk kita?

TAPI!!!

Kalau kita hanya membuat promosi tanpa mengenali SIAPA pelanggan kita!

Hasilnya akan jadi sia-sia…

Sebab kita akan membuat promosi kepada orang yang tak berkenaan ataupun mereka yang takde minat langsung dengan produk atau servis kita.

Kesilapan ramai usahawan termasuk saya juga dulu-dulu adalah berfikiran “kau iklan je apa-apa dekat FB tu.. CONFIRM akan ada orang beli punya!”.

Sudahnya, habis duit terbakar dan sales yang masuk pun cuma Krik Krik Krik je.. Kadang-kadang kos iklan lebih tinggi dari total sales yang masuk.

Tak ke tu akan membebankan kita sebagai seorang usahawan?

Bila kita buat promosi, kita perlu ada target tertentu. SIAPA audience kita, berapa umur mereka, apakah pekerjaan mereka, tahap pendapatan mereka dan pelbagai lagi.

Saya ambil contoh beg tangan Bijan yang sebelum ni mungkin takde orang pernah perasan tentang kewujudannya.

Ye memang betul, 1 produk yang SANGAT eksklusif dan menyasarkan cuma 1% daripada jumlah penduduk dunia.

Ya betul.. cuma 1% je!

Kenapa 1% je? disebabkan mereka cuma mengeluarkan produk eksklusif, jadi mereka tak perlu membuat promosi secara besar-besaran. Mereka cuma perlu target pada orang-orang kenamaan sahaja.

Sebab mereka jelas SIAPA PELANGGAN mereka!

#4 PLACE

Kalau 10 atau 15 tahun lepas, place atau lokasi dimana kita menjadi satu aspek penting untuk kita mulakan business.

Tapi untuk dgn dunia teknologi sekarang ni, ianya dah jadi tak berapa relevan.

Dgn dunia tanpa batasan ni, kita cuma boleh mulakan business hanya dari rumah dgn sebuah laptop shja.

Contohnya mcm apa yg pernah saya lakukan dgn menjalankan business dropshipping secara professional.

Walaupun saya duduk di Malaysia, tapi sya masih mampu mendapatkan pelanggan dari United States dan dalam masa saya tengah tidur pun masih ada pelanggan yang membeli dengan saya tanpa saya bersusah payah reply whatsapp seorang demi seorang.

Cara dia macam mana? saya cuma develop website e-commerce dan isikan produk-produk di dalamnya dan mula kan promosi dengan menggunakan FB Ads.

Yup.. memang betul.. sangat mudah..

Saya masih ingat lagi sales pertama saya bila saya bangun pagi dan cek hp dapat email mengatakan ada orang beli di website saya dan saya menjerit sebab happy sangat😁🤣

Yela memang sales akan masuk waktu orang tgh tido la. Sebab perbezaan waktu Malaysia dan US.

Jadi untuk mengatakan Place penting untuk mulakan business sekarang ni, ianya agak kurang relevan dah sebenarnya.

#5 PRICE

Kalau kita kenal SIAPA PELANGGAN kita, apa status mereka. Harga takkan jadi isu lagi dah.

Memang kalau boleh kita nak semua orang yang hidup dalam dunia ni untuk membeli dari kita.

Tapi kita kena ingat, tak semua orang ada kehendak atau minat tentang produk atau servis yang kita buat.

Jadi setiap dari 5 point yg sya nyatakan mempunyai 1 persamaan, iaitu PELANGGAN!

Pelanggan memainkan peranan penting dan bakal menentukan hala tuju business kita.

Ramai usawahan pada peringkat awal akan menghabiskan atau melaburkan duit mereka kepada tempat yang tak sepatutnya.

Beli mesin dulu, siapkan produk dulu, sibuk up kan branding dulu. Tapi mereka lupa, kalau buat semua tu dulu dan takde pelanggan yang nak membeli dgn kita, mcm mana nak terus kekal dalam business kan?

Takde Pelanggan takdela business.

Jadi nasihat saya dan belajar dari kesilapan saya dan kebanyakkan usahawan di luar sana…

KENALPASTI SIAPA PELANGGAN ANDA.

Belajar cara untuk mengenali mereka. Sebab ada teknik KHAS untuk mengenali mereka.

Macam mana yang saya buat sekarang ni dan mengajar kepada peserta-peserta saya.

Ianya tak susah tapi bukan mudah untuk kenalpasti PELANGGAN kita.

Ok setakat ni je perkongsian saya kali ni. Hopefully ianya bermanfaat kepada anda yang membacanya.

Ps, kalau ada yang nak buat sesi konsultasi PERCUMA dgn saya boleh klik sini https://goo.gl/yfMkb2 utk set masa ok?
😉

Thanks.

Faiz Mohamad
Digital Marketing Expert

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *